Gaya muzik dan pembangunan The_Beatles

Pengaruh

Pemuzik-pemuzik yang mempengruhi The Beatles pada awalnya antara lain Elvis Presley, Little Richard dan Chuck Berry, yang lagu-lagunya dinyanyikan semula lebih sering daripada karya pemuzik lain dalam persembahan-persembahan mereka. Pada saat satu tempat tinggal dengan Little Richard di Star Club Hamburg dari April-Mei 1962, beliau menyarankan kepada mereka agar dapat membawakan lagu-lagunya dengan teknik yang lebih tepat. Mengenai Elvis, Lennon berkata "Tidak ada yang benar-benar memberi kesan kepada saya sehingga saya mendengar Elvis. Jika tidak ada Elvis, pasti tidak akan ada The Beatles" [lower-alpha 68] Pengaruh-pengaruh lain diperoleh daripada Buddy Holly, Eddie Cochran, Carl Perkins, Roy Orbison dan The Everly Brothers. The Beatles tetap menyerap pengaruh dari pemuzik lain jauh setelah mereka mendapatkan kejayaan awal, seringkali mencari cara berkarya dan menulis lirik yang baru dengan mendengar karya-karya mereka seperti Bob Dylan, Frank Zappa, The Byrds dan The Beach Boys, dengan album tahun 1966nya yang berjudul Pet Sounds membuat kagum dan memberi inspirasi kepada McCartney. Martin berkata, "tanpa Pet Sounds, Sgt, Pepper tidak akan wujud... Pepper adalah usaha untuk menyamai Pet Sounds" [lower-alpha 69]

Genre

Model gitar bass "biola" Höfner dan gitar Gretsch Country Gentleman, yang dimainkan oleh McCartney dan Harrison; penguat Vox AC30 di belakang mereka adalah model yang Beatles gunakan semasa persembahan di awal 1960-an.

Bermula dari kumpulan muzik skiffle, The Beatles seterusnya memainkan muzik genre rock and roll 1950-an serta pelbagai variasi muzik pop. Kerana luasnya gaya berkarya yang mereka mainkan, Lennon mengulas mengenai album Beatles for Sale: "Kau boleh menyebut album baru kami sebuah LP country-dan-Western Beatles" [lower-alpha 70], sementara Allmusic secara khusus memuji album Rubber Soul sebagai sebuah pengaruh besar dalam pergerakan muzik folk rock. Bermula dengan penggunaan kuartet alat muzik biola di lagu Yesterday, mereka mula memasukkan unsur muzik klasik.

Genre muzik lain mula diberikan pada tahun 1966 melalui lagu sebelah B pada single Paperback Writer yang berjudul Rain, ditakrifkan oleh Martin Strong dalam The Great Rock Discography sebagai "kelahiran pertama rakaman Beatles yang bernuansa psikedelik" [lower-alpha 71]. Di antara nombor psikedelik lain mula dirakamkan seperti Tomorrow Never Knows, Strawberry Fields Forever, Lucy in the Sky with Diamonds, dan I Am the Walrus. Pengaruh muzik tradisional India muncul dalam lagu-lagu yang diciptakan Harrison seperti Love You To dan Within You Without You, yang menurut Gould, "untuk meniru raga dalam bentuk kecilan". [lower-alpha 72].

Dalam White Album semakin memperlihatkan kerumitan dan ragam warna muzik yang dicipta oleh The Beatles secara individu antara lain ditunjukkan dari lagu Revolution 9, karya "muzik konkrit" [lower-alpha 73] Lennon yang dipengaruhi oleh Yoko Ono; lagu country karya Starr yang berjudul Do not Pass Me By; lagu balada rock Harrison While My Guitar Gently Weeps; dan "proto-metal" McCartney, Helter Skelter.

Sumbangan George Martin

Pendekatan George Martin dengan The Beatles sebagai penerbit membuatnya sebagai calon utama yang mendapat gelaran tidak rasmi "fifth Beatle". (Beatle kelima). Ia mengarahkan untuk memberikan sentuhan muzik klasik dalam pelbagai cara, contohnya lagu Yesterday, merupakan salah satu ideanya. Awalnya The Beatles kurang bersemangat dengan konsep tersebut namun akhirnya menjadi hal yang menguntungkan buat mereka. Menurut Gould: "Pada masa Lennon dan McCartney semakin bercita-cita tinggi secara progresif dalam menulis lirik lagu. Martin mula berfungsi sebagai guru muzik yang tidak formal bagi mereka." [lower-alpha 74] Hal ini juga bertepatan dengan kesediaannya untuk bereksperimen menurut keinginan mereka - seperti menambah rasa barok terhadap suatu lagu, dengan kata lain memudahkan perkembangan kreatif mereka. Selain menggubah orkestra, Martin juga sering menyumbang bermain piano, organ dan brass.

Mengulas mengenai rakaman Sgt. Pepper, Martin berkata, Sergeant Pepper itu sendiri belum muncul sampai setengah jalan pembuatan album. Itu adalah lagu Paul, lagu rock biasa dan tidak cukup menarik seperti lagu lain ... Paul berkata, 'kenapa tidak kita buat albumnya seakan-akan band Pepper benar-benar ada, seolah- olah Sergeant Pepper yang membuat rekod mengenainya? Kita akan tambah kesan dub dan hal-hal lain. 'Saya suka idea itu dan dari sejak itu seolah-olah Pepper mempunyai nyawanya sendiri." [lower-alpha 75] Memandangkan betapa kuatnya lagu itu berbanding komposisi Lennon, Martin berkata: "Berbanding dengan lagu-lagu Paul, yang semuanya karyanya kelihatan menjalin sentuhan dengan kenyataan, lagu John berkarakter psikedelik, kualitinya hampir mistik ... Perumpamaan John adalah salah satu yang terbaik dalam-dalam karyanya- "tangerine trees", "marmalade skies", "cellophane flowers" ... Saya selalu melihatnya sebagai aura Salvador Dalí, daripada seorang artis rakaman yang ketagihan dadah. Di sisi lain, saya pasti bodoh jika pura-pura tidak tahu bahawa dadah tidak turut berpengaruh besar dalam kehidupan The Beatles pada saat itu. Pada masa yang sama mereka mengetahui bahawa, dalam peranan sebagai ketua sekolah, saya tidak setuju... Bukan hanya saya tidak menggunakannya, saya tak melihat perlunya perkara itu; sudah nyata, jika saya juga ketagihan, Pepper tidak akan pernah menjadi album yang besar." [lower-alpha 76]

Di studio

The Beatles memanfaatkan teknologi secara inovatif dan melayan studio sendiri sebagai instrumen. Mereka meminta Martin dan kakitangan rakaman bereksperimen atau cuba perkara baru yang "mungkin boleh menghasilkan suara bagus". Pada masa yang sama mereka juga memanfaatkan peristiwa tertentu secara kreatif seperti gitar maklumbalas yang tak disengajakan, resonan botol gelas atau suara kaset yang dimainkan terbalik. Hal-hal seperti ini disokong oleh tangan sejuk Martin dan kakitangan EMI seperti Norman Smith, Ken Townsend dan Geoff Emerick yang semuanya menyumbang besar daripada album Rubber Soul, khususnya Revolver dan seterusnya. Dengan banyak akal dalam studio mendapatkan kaedah kesan suara, penempatan mikrofon yang tidak biasa, rakaman pita, double tracking, dan kepelbagaian kelajuan. Mereka juga menggabungkan alat muzik gesek, brass, dan alat muzik India seperti sitar (boleh didengar dalam lagu Norwegian Wood (This Bird Has Flown) dan swarmandal (dalam lagu Strawberry Fields Forever). Mereka juga menggunakan alat muzik elektronik seperti mellotron (dalam intro Strawberry fields Forever) dan clavioline (dalam lagu Baby, You're a Rich Man).